suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ozil Tak Percaya Khabar Angin Bakal 'Dijual' Wenger

Mesut Ozil. Foto Reuters

PEMAIN tengah Arsenal, Mesut Ozil tidak mempercayai khabar angin bahawa beliau akan 'dijual' oleh pengurusnya, Arsene Wenger.

Sebaliknya, beliau menegaskan masih selesa di kelab utara London itu dan akan membuat keputusan berhubung masa depannya berikutan kontraknya akan berakhir akhir musim depan.

Wenger pada minggu lalu memberitahu bahawa rundingan kontrak bersama pemain utama, Ozil termasuk penyerang, Alexis Sanchez ditangguhkan dahulu sehingga akhir musim ini.

"Adakah anda fikir Arsene Wenger beritahu pemberita (mengenai masa depan saya) sebelum dia beritahu saya? Saya kenal dia, dia tidak akan melakukannya," kata Ozil kepada akhbar Jerman, Die Welt.

"Saya mempunyai kontrak di London sehingga 2018 dan saya berasa amat selesa di sini. Kita akan beruding tidak lama lagi dan membuat keputusan," katanya.

Bekas pemain Real Madrid itu berhijrah ke Arsenal pada 2013.

Artikel Lain