suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jia Wei Raih Gelaran Sulung Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Pemain muda negara, Tan Jia Wei meraihgelaran sulung di pentas antarabangsa selepas menjuarai kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland di Warsaw, Poland, Ahad.

Pemain bukan pilihan itu membuat kejutan dengan menewaskan pilihan keempat Coelho Ygor dari Brazil 21-13, 20-22, 21-10 dalam final perseorangan lelaki, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Naib juara remaja wanita dunia 2015, Lee Ying Ying, bagaimanapun gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tewas 21-13, 19-21, 10-21 di tangan pilihan ketiga, Yui Hashimoto dari Jepun di final perseorangan wanita.

Cabaran wakil negara dalam acara perseorangan lelaki dan beregu campuranberakhir di pusingan awal kejohanan yang menawarkan hadiah wang US$20,000 (RM88,510).

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi gagal meraih gelaran dalam acara beregu wanita selepas tewas di final Cabaran Antarabangsa Vietnam di Stadium Cau Giay, Hanoi.

Jing Yi yang beralih ke acara beregu bulan lalu dengan digandingkan Joyce Choong Wai Chi, bagaimanapun memberi tentangan sengit kepada pilihan ketujuh Erina Honda-Nozomi Shimizu dari Jepun sebelum tewas 14-21, 21-19, 14-21 dalam pertarungan selama 52 minit.

Cabaran negara dalam acara perseorangan dan beregu lelaki serta beregu wanita berakhir lebih awal di kejohanan ini. -Bernama

Tan Jia Wei, Terbuka Poland

Artikel Lain