suria

Penyokong Albania Buat Kacau

PALERMO, Itali: Penjaga Gol Itali, Gianluigi Buffon melakukan penampilan ke-1,000 ketika skuadnya menang 2-1 ke atas Albania dalam kelayakan Piala Dunia pagi ini.

Bagaimanapun sebelum berjaya mendapatkan tiga mata penuh, perlawanan berkenaan dicemari insiden keganasan penonton apabila mereka membaling mercun ke dalam padang.

Penyokong Albania turut membakar lebih banyak mercun dan suar, yang menyebabkan gawang dijaga Buffon diselubungi asap.

Permainan bersambung semula selepas pemain Albania merayu kepada penyokong mereka supaya bertenang.

Hasil jaringan Daniele De Rossi, Ciro Immobile, Itali kini mengutip 13 mata, dibezakan hanya menerusi jumlah gol dengan pendahulu, Sepanyol.

Kekalahan Albania meletakkan mereka enam mata di belakang dan menjadikan harapan untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama semakin kabur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain