Jeonsa FC Yakin Harumkan Nama Negara Pada Piala Gothia - Sukan | mStar

Jeonsa FC Yakin Harumkan Nama Negara Pada Piala Gothia

Juara Kejohanan Piala Cabaran Antarabangsa Jeonsa 2017 Kategori B-14, Black Tiger FC dari Pulau Pinang di Pusat Latihan Jeonsa, Kampung Bharu pada Khamis. Turut bersama, Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar (empat,belakang,kiri) dan Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail (tiga,belakang,kiri). Foto: Bernama

PETALING JAYA: Pasukan Jeonsa FC percaya mereka berada di landasan tepat mempersiapkan sebuah pasukan mantap bagi membawa cabaran di Piala Gothia , China pada Ogos depan.

Susulan penganjuran Cabaran Antarabangsa Jeonsa (JCIC) 2017, Presiden Jeonsa, Mohd Arifin Adenan berkongsi keyakinan dan rasa besar hatinya sekaligus menyatakan kesediaan kelab itu untuk mengharumkan imej negara di pentas antarabangsa pada kejohanan remaja kedua terbesar dunia itu.

“Ia satu penghormatan besar buat kelab ini menganjurkan pertandingan besar ini dan menarik penyertaan pasukan berstatus antarabangsa yang mana kita namakan sebagai Pra-Gothia Cup China.

Tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua Chelsea Soccer School (HK) dan Black Tigers yang telah muncul juara.

“JCIC 2017 satu platform persiapan terbaik buat semua pasukan. Pemain-pemain yang telah beraksi di sini adalah masa depan bolasepak negara masing-masing dan bakal beraksi di satu kejohanan remaja terbesar dunia.

"Kita harap ianya  memberi manfaat kepada semua pasukan dan InshaAllah Jeonsa sendiri mempersiapkan satu pasukan terbaik untuk membawa cabaran di Gothia.

"Kita pernah membawa imej Malaysia di Kejohanan Soong Chin Ling di Beijing tahun lalu, kita muncul naib juara, jadi sudah tentunya saya sasarkan kita mampu berikan tentangan sengit dan sedaya upaya mengharumkan nama Malaysia," jelas Ariffin.

Kejohanan JCIC 2017 yang berlangsung selama dua hari melabuhkan tirainya pada Khamis dengan gelaran juara menjadi milik Chelsea Soccer School Hong Kong (kategori B-16) dan wakil Malaysia, Black Tigers FC dari Pulau Pinang (kategori B-14).

Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Latihan Jeonsa, Kampung Baru, Chelsea Soccer School menundukkan satu lagi wakil Malaysia dari Negeri Sembilan, Affimaz FC 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah permainan masa sebenar berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Manakala Black Tigers, dibarisi pemain-pemain dari Sekolah Sukan Pulau Pinang yang menjuarai Jeonsa Cup pada bulan lalu sekali lagi membuktikan keunggulan apabila muncul juara dengan menundukkan kelab Akademi Bolasepak Nasional Indonesia (INFA) 1-0.

Tuan rumah Jeonsa pula menduduki tempat kelima (kategori B-14) dan tempat ketiga kategori B-16.

Sebagai rekod, JCIC 2017 membabitkan penyertaan pasukan-pasukan dari Malaysia (Jeonsa FC, Black Tigers, Affimaz FC, Sanas FC dan TS United), Indonesia (INFA dan DPFF), Hong Kong (Chelsea SS) dan Thailand (Khlongluang FC).

Jeonsa dan pasukan yang terlibat dengan kejohanan tersebut bakal mengambil bahagian China nanti.

Jeonsa FC , Piala Gothia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain