suria

Lebih Baik Man United Tumpu Menang Liga Europa - Ferguson

Sir Alex Ferguson. Foto Reuters

SIR Alex Ferguson memberitahu Manchester United supaya menumpukan kemenangan dalam Liga Europa bagi memasuki Liga Juara-Juara musim akan datang berbanding cuba untuk menjadi empat teratas.

Saingan untuk merebut kedudukan empat teratas berlaku di antara Tottenham, Manchester City, Liverpool, Arsenal dan Manchester United.

Masing-masing mahu mengisi tiga tempat di belakang pendahulu Chelsea.

Dengan saingan untuk menduduki tempat berkenaan yang sukar, justeru kemenangan dalam Liga Europa di mana secara automatik mendapat kelayakan ke Liga Juara-Juara adalah lebih menarik buat pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho itu.

Ferguson yang merupakan bekas pengurus Manchester United paling berjaya dengan 38 trofi sepanjang 27 tahun berkhidmat di Old Trafford lebih berminat anak-anak buah Mounrinho menewaskan pasukan Anderlecht dalam saingan suku akhir dan seterusnya merebut kemenangan dalam Liga Europa. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain