suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KAFA Hormati Keputusan Annuar Musa

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menghormati keputusan penasihatnya Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM, Sabtu ini.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata keputusan Annuar itu satu langkah yang bijak bagi memberi laluan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membangunkan bola sepak negara.

"Keputusan yang diambil Tan Sri Annuar tidak mengejutkan kerana kami faham beliau mempunyai banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul memandangkan beliau juga seorang anggota Parlimen.

"Tindakan beliau juga wajar dipuji kerana ia dapat mendekatkan rakyat dengan pihak istana dalam pembangunan bola sepak negara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Terdahulu,  Annuar mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden FAM dalam sidang media khas di bangunan Parlimen.

Annuar Musa, KAFA, Presiden FAM

Artikel Lain