suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bastian Schweinsteiger Tinggalkan Man United, Sertai MLS

PEMAIN tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger dilapor telah meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Liga Amerika Syarikat, Major League Soccer (MLS).

Chicago Tribune melaporkan, pemain yang jarang beraksi untuk Manchester United di bawah kendalian Jose Mourinho itu bakal melangkapkan pemindahan pada minggu depan.

Dalam laporan itu juga mendakwa, Schweinsteiger kini sedang melengkapkan urusan visa dan pemeriksaan kesihatan sebelum pengumuman rasmi dibuat kelab tersebut.

Schweinsteiger ketika menyertai United telah menandatangani kontrak selama setahun bernilai £3.6 juta yang mempunyai pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.

Bercakap mengenai permindahan tersebut, Schweinsteiger teruja untuk memulakan aksinya bersama kelab baharu.

"Sepanjang karier, saya sentiasa mencari peluang untuk memberi impak positif dan membantu mendapatkan sesuatu yang hebat," katanya kepada Chicago Tribune.

Artikel Berikut

Artikel Lain