suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Kante Tewaskan Man United, Chelsea Mara Separuh Akhir Piala FA

Gol N'Golo Kante menjadikan Chelsea mara ke separuh akhir Piala FA. Foto Reuters

CHELSEA terus memastikan pasukan itu layak ke separuh akhir Piala FA selepas menumpaskan 10 pemain Manchester United dengan 1-0 pada awal pagi Selasa.

Bertempat Stamford Bridge, gol tunggal itu diraih oleh pemain N'Golo Kante.

Di kubu kuat sendiri, Chelsea menguasai permainan.

Manchester United terpaksa tampil dengan 10 pemain selepas Ander Herrera keluar padang apabila mendapat kad kuning kedua pada babak pertama.

Walaupun menguasai permainan, Chelsea dilihat sukar untuk memecah benteng pertahanan pasukan lawan.

Hasilnya, Chelsea hanya mampu meraih satu gol pada minit ke-51 menerusi aksi Kante.

Ia merupakan gol kedua Kante sejak menyertai Chelsea.

Pada babak separuh akhir, Chelsea akan bertemu dengan Tottenham Hotspur. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain