suria

Nicol Tamat Kemarau Trofi

PETALING JAYA: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menamatkan penantian 15 bulan tanpa sebarang kejuaraan dengan memenangi trofi kejohanan Ciudad de Floridablanca di Colombia.

Juara dunia lapan kali itu menundukkan pemain ranking ke-27 dunia, Olivia Blatchford dari Amerika Syarikat 11-3, 11-4, 11-8.

Ia merupakan kejuaraan pertama sejak kali terakhir memenangi Terbuka Hong Kong pada Disember 2015.

"Saya gembira kerana memenangi kejohanan ini sekali lagi. Ia penantian yang cukup lama.

"Saya benar-benar berasa amat istimewa menjulang trofi pertama di Floridablanca. Ia akan mendapat tempat di hati saya," kata Nicol kepada Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

Kemenangan di Floridablanca merupakan kejuaraan ke-81 Nicol daripada 101 aksi final dalam Jelajah PSA.

Nicol yang kini menduduki ranking ketujuh dunia turut mendapat tonik hasil kejayaan itu menjelang persiapan menghadapi Terbuka British di Hull pada 19 hingga 26 Mac ini.



Nicol Ann David, skuasy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain