suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecederaan Torres Cemaskan Pemain, Penonton

-fotoREUTERS
PENYERANG Atletico Madrid Fernando Torres dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan kepala ketika pasukannya seri 1-1 menentang Deportivo La Coruna, awal pagi Jumaat.

Torres berlanggar dengan pemain Depor Alex Bergantinos ketika kedua-duanya cuba menanduk bola pada minit ke-85 dalam perlawanan di Riazor.

Bekas pemain Liverpool dan Chelsea itu kemudian jatuh terhempas dan lehernya kelihatan terkulai. Dia seolah-olah tidak sedarkan diri dan terpaksa diusung ke luar padang.

Pemain kedua-dua pasukan dilihat sangat bimbang dan cemas dengan kejadian itu dengan salah seorang pemain Atletico segera memberikan pertolongan dengan segera membuka mulut Torres.

Penonton di stadium bangun apabila Torres dibawa keluar padang.


Atletico kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa 'Torres mengalami trauma kepala'.

Dia telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan diletakkan di bawah pemerhatian.

Tidak lama kemudian satu lagi kenyataan dikeluarkan di Twitter menyatakan Torres dalam keadaan stabil dan sedarkan diri.
Fernando Torres, trauma kepala

Artikel Berikut

Artikel Lain