Chong Wei Sedia Beri Kerjasama Dalam Projek Khas - Norza - Sukan | mStar

Chong Wei Sedia Beri Kerjasama Dalam Projek Khas - Norza

KUALA LUMPUR: Projek Khas kendalian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat komitmen serta sokongan penuh jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei serta dua jurulatihnya.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata projek tersebut bukan sahaja dapat membantu pemain nombor satu dunia itu memburu kejuaraan dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini tetapi dapat mencurahkan ilmu kepada lima rakan sepelatih iaitu pelapis perseorangan negara.

"Chong Wei tahu sejak dulu lagi, pendekatan BAM adalah serampang dua mata. BAM sentiasa menyokong serta membantunya termasuk menyediakan segala keperluannya untuk persediaan Kejohanan Dunia nanti.

"Namun Chong Wei mesti memberikan komitmen membantu lima pemain rakan sepelatih menjadi lebih kompetitif dan dapat menghasilkan standard tinggi dalam kalangan pemain pelapis itu. 

"Saya rasa Chong Wei faham tentang tanggungjawabnnya begitu juga dengan jurulatih Hendrawan dan Tey Seu Bock," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat. 

Mohamad Norza berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang komen negatif daripada Chong Wei mengenai projek tersebut.

Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM sebelum ini bersetuju melantik Hendrawan sebagai ketua projek tersebut dan dibantu Seu Bock.

Selain Chong Wei, lima lagi pemain turut berada dalam projek khas ini iaitu Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing.

Projek Khas itu akan dilaksanakan sehingga tamat Kejohanan Dunia tanpa melibatkan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen.

Mohamad Norza berkata lima rakan sepelatih itu perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk meningkatkan prestasi masing-masing supaya jurang prestasi mereka dengan Chong Wei tidak ketinggalan jauh.-- Bernama


Chong Wei , BAM , Norza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain