suria

Piala EFL: Mourinho Sedia Turunkan Rooney, Carrick

Wayne Rooney. -fotoAFP
JOSE Mourinho mengesahkan bahawa Wayne Rooney dan Michael Carrick sedia untuk diturunkan dalam perlawanan akhir Piala EFL menentang Southampton, Ahad.

Rooney tidak disenaraikan dalam skuad The Red Devils dalam perlawanan Liga Europa menentang Saint-Etienne baru-baru ini.

Bagaimanapun Mourinho menyatakan bahawa pemain itu kini berada dalam keadaan cergas dan bersedia untuk bermain di Wembley.

“Dia (Rooney) dalam keadaan baik, dia berlatih dengan pasukan,” kata Mourinho.

“Dia tidak disenarikan ketika menentang Saint-Etienne kerana dia tidak bersedia untuk bermain. Tapi dia sudah siap sedia untuk satu sesi latihan penting dan tidak diragui lagi, dia akan terlibat dalam perlawanan,” tambah Mourinho.

Rooney yang mencipta gol kemenangan saat Manchester United kali terakhir menjuarai Piala EFL pada tahun 2010, pada Jumaat mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan kekal di Old Trafford setelah dikaitkan dengan kepindahan ke Liga Super China.


Selain itu, Carrick juga dikatakan bersedia untuk diturunkan, setelah pemain itu cedera pada babak kedua ketika berdepan Saint-Etienne.

“Michael juga sedia untuk bermain,” tegas Mourinho.

“Pintar, berpengalaman. Dia telah meninggalkan padang tepat pada waktunya, menyebabkan dia dapat terus bermain," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain