suria

Ronaldo Dilanda Kemarau Gol Paling Lama

BINTANG terkemuka Real Madrid, Cristiano Ronaldo mungkin boleh berbangga menjadi pemain terbaik perlawanan ketika membantu pasukannya menundukkan Napoli dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan pertama peringkat kalah mati Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis.

Namun pemain berusia 32 tahun itu wajar bimbang dengan kemarau golnya dalam kejohanan berprestij di Eropah itu selepas gagal menyumbat gol bagi tempoh 523 minit.

Malah tempoh itu merupakan kemarau gol paling lama buat Ronaldo dalam kejohanan Liga Juara-Juara.

Malah pemain kelahiran Portugal itu pasti terdesak untuk menamatkan kemarau gol apabila berkunjung ke Itali bagi menghadapi perlawanan timbal balik pada 7 Mac depan.

Walaupun gagal menerjah jaring, Ronaldo sudah lima kali mencipta jaringan untuk rakan sepasukannya sepanjang kempen Liga Juara-Juara bersama Real Madrid, jumlah paling banyak dicatat olehnya.

Selain itu, Ronaldo masih memegang rekod sebagai penjaring paling banyak dalam sejarah Liga Juara-Juara dengan jumlah 95 gol dan disusuli rakan sepasukannya, Karim Benzema yang menduduki carta lima teratas.

Pemain Perancis itu sudah mencatat 51 gol dalam Liga Juara-Juara.

Bintang Barcelona, Lionel Messi berada di kedudukan kedua dengan 93 gol manakala bekas legenda Real Madrid, Raul mengumpul 71 gol di tempat ketiga.

Bekas penyerang Manchester United, Ruud van Nistelrooy pula berada di tangga keempat dengan 56 gol.

Cristiano Ronaldo, Real Madrid

Artikel Lain