Wenger Berhenti Tagih Khidmat Hart - Sukan | mStar

Wenger Berhenti Tagih Khidmat Hart

ARSENE Wenger kini tidak lagi mahu memburu khidmat Joe Hart untuk menggantikan posisi penjaga gol Arsenal, Petr Cech.

Pengurus Arsenal itu sebelum ini begitu berminat untuk mendapatkan Hart yang kini sedang dipinjamkan ke Torino dari Manchester City.

Namun menjelang pertembungan menentang Hull di Emirates, Wenger menegaskan beliau mempunyai banyak pilihan untuk posisi penjaga gol dan Cech tidak akan digantikan selepas prestasi tidak menentu musim ini.

"Saya ada tiga penjaga gol berkelas dunia dan saya amat gembira dengan apa yang saya ada," katanya.

Namun Wenger memberi bayangan bahawa beliau tidak dapat memberi jaminan bahawa Cech akan terus menjadi penjaga gol utama pilihannya selepas kesilapan yang dilakukan ketika Arsenal tewas di tangan Chelsea baru-baru ini.

"Dia amat serius dan sudah melakukan persediaan rapi.

"Namun dia melakukan kesilapan pada gol ketiga tetapi secara keseluruhannya dia mempunyai musim yang baik," katanya.

Sementara itu, Wenger turut berkata tiada perbincangan dengan Bournemouth mengenai perpindahan tetap pemain tengah Jack Wilshere.

Malah beliau menjangkakan Wilshere akan kembali ke London pada musim panas ini.




Joe Hart , Arsenal

Artikel Sebelum

Presiden FAM: Siapa Lawan Annuar Musa?

Artikel Berikut

Jadual Liga Super

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber