suria

Suarez Terlepas Aksi Final Copa Del Rey

PENYERANG sensasi Barcelona, Luis Suarez akan terlepas aksi final Copa del Rey selepas digantung dua perlawanan.

Hukuman itu dikenakan selepas dia diarahkan keluar padang dan berdegil tidak mahu memasuki bilik persalinan ketika separuh akhir menentang Atletico Madrid.

Malah, Suarez dilayangkan kad kuning kedua kerana menyiku pemain lawan ketika perlawanan separuh akhir pusingan kedua di Camp Nou.

"Dia mengambil masa terlalu lama untuk keluar padang dan apabila dia keluar, Suarez tidak terus masuk ke bilik persalinan tetapi masih berlegar-legar di terowong," demikian menurut Persekutuan Bola Sepak Sepanyol.

Pemain kelahiran Uruguay itu menjaringkan gol untuk Barca ketika seri 1-1 menentang Atletico Madrid Selasa lalu, sekali gus membolehkan pasukannya mara ke final dengan agregat 3-2.

Barca melangkah ke final buat kali keempat berturut-turut dan kali ini, mereka akan menentang Alaves pada 27 Mei ini.

Selain terlepas aksi final, Suarez juga tidak dibenarkan bermain bagi perlawanan pembukaan Copa del Rey musim depan.


Luis Suarez, Barcelona, Copa del Rey

Artikel Sebelum

Artikel Lain