suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Super: Farhan Sedia Jumpa Felda United

KOTA BHARU: Penyerang berbisa Kelantan Mohd Nor Farhan Muhammad yang sudah pulih daripada kecederaan, sedia untuk diturunkan dalam aksi Liga Super menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang,Sabtu ini.

Menurut Farhan dua gol yang dijaringkannya ketika perlawanan persahabatan sebelum ini, sedikit sebanyak mengembalikan keyakinannya untuk beraksi dan membantu skuad The Red Warriors (TRW). 

"Jika dapat menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan (menentang Felda United), ia satu bonus kepada saya setelah hampir setahun tidak menjaringkan gol dan tidak diturunkan akibat kecederaan kaki kanan," katanya kepada pemberitadi sini, Khamis.

Dalam pada itu, penjaga gol TRW Khairul Fahmi Che Mat mahu pasukannya mengekang pemain Felda United terutama Norshahrul Idlan Talaha, Wan Zack Haikal Wan Noor dan pemain import Zah Rahan Kranga, yang dilihat penyerang berkualiti serta mampu membawa masalah kepada Kelantan.

"Semua perancangan yang dilakukan oleh jurulatih semasa latihan diharapkan berjalan lancar ketika beraksi termasuk untuk mengatasi asakan pemain Felda United," katanya.

Khairul Fahmi atau juga dikenali sebagai Apek, turut berharap rakan sepasukannya cepat menyesuaikan diri bermain di padang rumput tiruan di stadium berkenaan.

"Memandangkan hampir dua minggu pasukan kami tidak menghadapi perlawanan, saya harap rakan sepasukan berada di tahap kecergasan terbaik untuk perlawanan tersebut," katanya.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain