Presiden FAM: TMJ Masih Kunci Mulut - Sukan | mStar

Presiden FAM: TMJ Masih Kunci Mulut

Gambar ihsan Facebook Johor Southern Tigers.

PETALING JAYA: Tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum tarikh akhir pengesahan menerima pencalonan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tamat namun Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih mengunci mulut mengenai keputusannya.

Dalam satu temubual yang dikeluarkan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail berkata buat masa ini beliau masih belum berfikir mengenainya.

"Buat masa ini tidak terfikir apa apa lagi kerana saya sedang sibuk bekerja keras untuk beli sebuah kelab bola sepak luar negara, kemungkinan di Eropah kalau ada rezeki dan sibuk menjalankan tugas di Johor," katanya.

Ketika ditanya mengenai perancangannya, Tunku Ismail berkata: "Seorang anggota 'Special Forces' tidak akan mendedahkan rancangannya melainkan anda seorang berpangkat kehormat."

Namun pada masa sama, Tunku Ismail memberi bayangan sedia mengetuai badan induk bola sepak itu apabila menegaskan beliau mempunyai sumber untuk memenuhi impian penyokong bola sepak tempatan.

"Mereka adalah orang yang baik. Saya seorang yang angkuh. Tetapi perbezaan di antara kami adalah mereka memerlukan wang, kedudukan, dan kemudian membunuh impian anda.

"Saya pula mempunyai sumber untuk memenuhi impian anda," katanya ketika ditanya wartawan mengenai perbezaan antara dirinya dan tiga calon lain yang bertanding untuk jawatan tersebut.

Mengenai beberapa individu yang berhasrat menjadi presiden badan induk itu, Tunku Ismail berkata: "Maksud anda proksi Menteri Belia dan Sukan? Saya rasa cukup menyedihkan untuk melihat kami perlu bergaduh dengan badan induk dan beberapa individu hanya untuk menyelamatkan bola sepak."

Justeru, beliau meminta peminat bola sepak tempatan supaya berfikir dengan bijak seperti seorang jeneral yang dalam 'Indian Army' yang memberitahu beliau supaya jangan memandang rendah kuasa ahli politik terdesak.

Katanya, golongan tersebut sanggup melakukan atau mengatakan apa sahaja untuk mengekalkan kedudukan mereka dan memanipulasi minda yang tidak bersalah untuk kepentingan peribadi.

Mengenai perkara pertama akan dilakukan apabila memasuki bangunan FAM jika menerima pencalonan dan berkemungkinan menjadi Presiden FAM, Tunku Ismail dalam nada sinis berkata: "Tidak hairanlah neraka kosong. Semua ada di sini."

Setakat ini, hanya bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang sudah menghantar borang pengesahan pencalonan bagi merebut kerusi nombor satu FAM itu.

Sementara itu, Tunku Ismail dan dua lagi calon dicalonkan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat masih belum membuat pengesahan.

Ura-ura Tunku Ismail akan bertanding untuk kerusi Presiden FAM, selepas mendapat perkenan ayahandanya Sultan Johor, hanya dimaklumkan oleh penyokong kuatnya iaitu Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka, Datuk Mohd Yusoff Mahadi manakala TMJ sendiri masih berdiam diri.

Semua calon terbabit perlu mengesahkan untuk menerima pencalonan sebelum 13 Februari ini dengan senarai akhir bertanding akan diumumkan pada mesyuarat Exco FAM, 20 Februari ini.

Artikel Sebelum

Jadual Liga Super

Artikel Berikut

Suarez Terlepas Aksi Final Copa Del Rey

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain