suria

FELDA United Tempang Kehilangan Ketua Jurulatih

PETALING JAYA: FELDA United terpaksa turun menentang Kelantan FA pada saingan Liga Super pada Sabtu tanpa khidmat ketua jurulatih, Azmi Mohamed yang mengambil keputusan meletak jawatan selepas hanya mengendalikan tiga perlawanan untuk kelab itu pada musim ini.

Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira segala faktor termasuk kemampuan dirinya untuk mengendalikan skuad The Fighters yang dilihat mempunyai misi tinggi untuk berada di kedudukan terbaik.

"Surat perletakan jawatan sudah saya serahkan kepada pihak pengurusan. Saya sudah maklumkan hasrat ini (meletak jawatan) Selasa lalu.

"Sebenarnya saya perlu jujur dan telus untuk mengatakan keputusan ini adalah tepat untuk kebaikan dan masa depan FELDA United melangkah lebih jauh serta menjadi sebuah pasukan yang mantap," katanya seperti dilaporkan Harian Metro, pada Jumaat.

Katanya, hingga kini dia masih menunggu maklum balas daripada pihak pengurusan kelab dan berharap segala keputusan dapat dicapai dengan baik.

FELDA United kini menghuni tangga keenam liga dengan mengutip empat mata selepas tiga perlawanan manakala Kelantan yang hanya beraksi satu perlawanan setakat ini akibat perlawanan ditangguhkan mengumpul tiga mata di kedudukan kelapan liga.



Azmi Mohamed, Felda United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain