suria

Menang Penalti, Dortmund Ke Suku Akhir Piala Jerman

Sebahagian daripada pemain Borussia Dortmund meraikan kemenangan mereka ke atas Hertha Berlin untuk mara ke suku akhir Piala Jerman. -fotoAFP
BORUSSIA Dortmund berjaya menempah tiket ke aksi suku akhir Piala Jerman (DFB Pokal) selepas mengalahkan Hertha Berlin 3-2 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat masa perlawanan.

Dalam perlawanan di Signal Iduna Park, awal pagi Khamis, Hertha berjaya mencuri gol terlebih dahulu pada separuh masa pertama menerusi tendangan Salomon Kalou.

Dortmund hanya dapat menyamakan kedudukan pada awal babak kedua apabila Marco Reus menyumbat masuk gol.

Ketika masa tambahan hampir tamat, Dortmund terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Sokratis menerima kad kuning kedua dan perlu keluar padang.


Menerusi penentuan penalti, Hertha gagal menembusi gawang lawan dalam dua peluang pertamanya. Hanya Alexander Esswein dan Sami Allagui yang berjaya menyumbat masuk gol.

Sementara itu, bagi Dortmund, kesemua yang mengambil tendangan berjaya menyumbat gol kecuali tendangan yang dibuat oleh Christian Pulisic.

Piala Jerman, suku akhir, DFB Pokal

Artikel Berikut

Artikel Lain