suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Derma Jersi Elak Rumah Perlindungan Anjing Ditutup

-foto dailymail.uk
CRISTIANO Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinan dan sifat dermawannya dengan mengirimkan jersi Real Madrid yang ditandatanganinya, dalam usaha membantu rumah perlindungan anjing di Portugal daripada ditutup.

Jersi tersebut akan dilelong bagi memastikan rumah perlindungan anjing Cantinho da Lili di utara Portugal dapat terus beroperasi.

Ia berdepan kemungkinan penutupan selepas bergelut dengan masalah perbelanjaan rawatan yang ditawarkan.

"Dari sudut hati saya yang paling dalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ronaldo," kata pemilik, Liliana Santos kepada Correrio de Mahna.

Ronaldo banyak melakukan kerja-kerja amal sejak dulu lagi, seperti menjual kasut emasnya dan menderma yuran bagi membantu sekolah-sekolah di Gaza.

Dia juga merupakan duta global untuk program kebajikan Save the Children.

Ronaldo, yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 pada Ahad, telah menjaringkan 20 gol dalam semua perlawanan untuk Real Madrid musim ini.

Madrid sedang mendahului carta La Liga tetapi dengan kelebihan satu mata di hadapan pesaing sengit Barcelona.

Artikel Sebelum

Paul Pogba Tunjuk Gigi Baharu

Artikel Berikut

Artikel Lain