suria

Nadal Mahu Jadi Presiden Real Madrid

JAGUH tenis Sepanyol, Rafael Nadal mengakui mahu menjadi Presiden Real Madrid selepas beliau mengantung raketnya.

Finalis kejohanan Terbuka Australia dan juara Grand Slam 14 kali itu merupakan penyokong tegar Los Blancos dan sering dilihat menghadiri beberapa perlawanan penting di Bernabeu jika beliau berada di Sepanyol.

Nadal, 30, menyatakan hasratnya secara terbuka untuk memimpin Bernabeu jika peluang tersebut muncul.

"Jika anda tanya kepada saya jika saya mahukan jawatan itu, sudah tentu saya berminat, mengapa tidak.

"Namun saya fikir ia tidak akan berlaku. Kelab itu mempunyai presiden yang bagus buat masa ini dan saya tidak fikir Real Madrid memerlukan saya.

"Tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan," kata Nadal.

Nadal bukan satu-satunya jaguh tenis yang mahu mempertimbangkan kemungkinan untuk berjinak-jinak dalam sukan bola sepak selepas menggantung raketnya.

Juara Wimbledon, Andy Murray baru-baru ini turut mengakui beliau akan gembira untuk meneruskan karier selaku jurulatih dalam sukan bola sepak selepas bersara.

"Saya mahu melakukan sesuatu berkaitan bola sepak kerana saya banyak menonton perlawanan itu. Saya juga amat menggemari sukan tersebut," katanya.

Artikel Lain