suria

Arsenal Dimalukan Watford Di Kandang Sendiri

Sebahagian daripada pemain Watford meraikan kejayaan mereka menundukkan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Rabu. -fotoAFP
ARSENAL mencatat keputusan negatif dalam perlawanan menentang Watford.

The Gunners terpaksa mengakui keunggulan pasukan tetamunya apabila perlawanan berakhir dengan keputusan 1-2.

Dalam perlawanan di Stadium Emirates, awal pagi Rabu, Arsenal tidak ditemani pengurus mereka, Arsene Wenger, di tepi padang kerana Wenger sedang mejalani hukuman.

Pada babak pertama, permainan Arsenal agak mengecewakan.

Tidak seperti Watford yang melakukan serangan-serangan berkesan dan membuka banyak peluang.


Watford menutup babak pertama dengan mendahului 2-0 menerusi gol Younes Kaboul pada minit kesepuluh dan Troy Deeney pada minit ke-13.

Separuh masa kedua menyaksikan Arsenal menggempur Watford habis-habisan.

Namun, usaha mereka hanya berjaya menghasilkan satu gol menerusi Alex Iwobi pada minit ke-58.

Dengan kekalahan ini, Arsenal turun ke tangga ketiga carta liga dengan 47 mata daripada 23 perlawanan.

Watford berada di posisi ke-13 dengan 27 mata.

Artikel Lain