suria

Payet Sah Kembali Ke Marseille

Dimitri Payet
PEMAIN antarabangsa Perancis, Dimitri Payet bersedia untuk kembali ke kelab lamanya, Marseille dan ia diumumkan secara rasmi kepada media di pusat latihan mereka pada Isnin.

Marseille telah menandatangani untuk mendapatkan Payet dari West Ham United dengan bayaran £25 juta, kelab Perancis itu mengesahkan.

Payet yang meninggalkan Marseille untuk menyertai West Ham pada tahun 2015, telah menandatangani perjanjian empat tahun setengah selepas melepasi ujian perubatan pada Ahad.

Payet menyerlah pada musim pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris dan memperoleh tempat dalam skuad Euro 2016 di mana dia menjaringkan tiga gol untuk membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir.

Secara keseluruhan, Payet telah menjaringkan 18 gol dalam 66 penampilan untuk West Ham.

Pemain tengah yang kreatif ini menjaringkan 15 gol dalam 83 perlawanan ketika musim pertamanya di Marseille.
Dimitri Payet, Marseille, West Ham

Artikel Lain