suria

Begovic Mengaku Terdesak Turun Bermain

Asmir Begovic
PENJAGA gol kedua Chelsea percaya dia perlu meninggalkan kelab untuk beraksi lebih kerap di padang dan tidak takut untuk meninggalkan kelabnya itu yang berpotensi meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Asmir Begovic mengakui bahawa dia sangat 'terdesak untuk bermain', di mana Bournemouth berhasrat untuk menandatangani perjanjian untuk mendapatkannya dalam tempoh sehari sebelum tarikh akhir perpindahan.

Chelsea pula sedang mencari pengganti penjaga gol kedua mereka ini, sebelum melepaskan Begovic dan Antonio Conte telah menerima kehendak pemain antarabangsa Bosnia ini.

Begovic bercakap selepas kemenangan 4-0 pasukannya ke atas Brentford dalam Piala FA, di mana perlawanan itu disifatkannya mungkin menjadi penampilan terakhir dirinya untuk Chelsea.

Dia juga bercakap jujur ​​apabila ditanya mengenai masa depannya bersama pendahulu liga.

"Saya berasa sangat sukar apabila tidak bermain untuk tempoh masa yang lama dan ia (berpindah) adalah sesuatu yang saya mahu lakukan," kata Begovic di tepi padang di Stamford Bridge.

"Jika kelab ini membenarkan saya untuk berbuat demikian, dalam keadaan yang betul, maka itulah yang saya akan lakukan," katanya.

Dia menegaskan bahawa dia tiada sebab lain untuk meninggalkan kelab ini kecuali dengan alasan 'mahu bermain'.

Asmir Begovic, Chelsea

Artikel Berikut

Payet Sah Kembali Ke Marseille

Artikel Lain