suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Federer Mudah Benam Zverev

PEMAIN Switzerland, Roger Federer menang mudah ke atas Mischa Zverev 6-1, 7-5, 6-2 dalam tempoh 92 minit untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia buat kali ke-13, petang Selasa.

Juara empat kali itu yang mengejar kejuaraan Grand Slam ke-18 dan trofi pertama sejak 2012, tidak berdepan masalah mematahkan servis dan voli pemain kidal Jerman berkenaan.

Federer akan bertemu rakan senegaranya, Stan Wawrinka pada aksi separuh akhir.

Zverev yang mencipta kejutan selepas menundukkan pemain No.1 dunia yang juga pilihan utama kejohanan, Andy Murray pada pusingan keempat, berdepan kesukaran ketika bertemu Federer pada aksi di Rod Laver Arena itu.

Dia tewas set pertama dalam tempoh 19 minit tetapi berjaya menemui rentak pada set berikutnya.

Pemain ranking ke-50 dunia itu mempamerkan persembahan bertenaga dengan pukulan pendek dan voli di depan jaring.

Namun Federer membuktikan pengalaman memberikan kelebihan kepada dirinya.

Kemenangan itu merupakaan kejayaan ke-65 Federer di Terbuka Australia sekali gus membolehkannya melangkah ke aksi separuh akhir grand slam buat kali ke-41.

Roger Federer, Terbuka Australia

Artikel Berikut

Artikel Lain