suria

Kami Mampu Kalahkan Man United - Kapten Stoke City

Ryan Shawcross
KAPTEN Stoke City, Ryan Shawcross yakin bahawa pemain dan penyokongnya amat optimis terhadap peluang mereka untuk menang ke atas Manchester United dalam perlawanan minggu ini.

The Potters akan berdepan United dan berharap mampu mempertahankan momentum kemenangan, selepas sebelum ini berjaya menjinakkan Watford dan Sunderland.

United hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Liverpool minggu lalu menerusi gol Zlatan Ibrahimovic di babak kedua dan mereka kini masih berada di posisi keenam carta Liga Perdana Inggeris, terpisah empat angka dari empat kelompok teratas.

Shawcross mendakwa bahawa semua orang yang bersama kelab itu sudah tidak sabar menyambut perlawanan tersebut dan juga menang melawan skuad asuhan Jose Mourinho.

"Ini adalah pertandingan yang sukar, namun dengan adanya pemyokong di belakang kami, kami berharap mampu menang.

"Perlawanan akan menjadi mencabar, tetapi stadium kami adalah tempat yang susah untuk ditakluki oleh pasukan tamu," kata Shawcross memetik Stoke Sentinel.

"Inilah masanya untuk kami mengubah rekod kami dan kami semua sudah tidak sabar. Kami ingin menang."
Ryan Shawcross, Stoke City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain