suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Murray Lepasi Halangan Querrey

Andy Murray.

ANDY Murray melangkah ke pusingan keempat Terbuka Australia selepas menundukkan Sam Querrey 6-4 6-2 6-4, petang Jumaat.

Pemain No.1 dunia itu mempamerkan teknik bertahan yang berkualiti pada set pertama sebelum meneruskan rentak kemenangan pada set kedua.

Namun, Murray dipaksa bekerja keras pada set ketiga di Hisense Arena ketika berdepan Querrey yang menundukkan Novak Djokovic pada pusingan ketiga kejohanan Wimbledon tahun lalu.

"Ia perlawanan yang sukar terutama pada set pertama. Sam melakukan pukulan kencang, dia juga membalas pukulan servis dengan baik.

"Namun saya berjaya mengekalkan momentum selepas itu," kata Murray.

Mengenai kecederaan di buku lalinya, Murray berkata: "Saya lebih baik selepas permainan menemui momentumnya.

"Saya agak ragu-ragu pada mulanya, sedikit sakit tetapi dapat bergerak dengan baik. Ia tanda yang positif," katanya.

Andy Murray, Terbuka Australia

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Malaysia

Artikel Lain