suria

Bamford Kembali Semula Ke Chelsea Dari Burnley

Patrick Bamford.

CHELSEA memanggil semula Patrick Bamford yang dipinjamkan ke Burnley.

Pada masa sama Middlesbrough dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu yang dipinjamkan ke kelab Teesside pada musim 2014-2015.

Sepanjang tempoh itu, Bamford menjaringan 17 gol.

Bamford tidak pernah beraksi bersama Chelsea. Dia turut menghabiskan masanya dipinjamkan ke MK Dons, Derby, Crystal Palace dan Norwich.

Panggilan itu dilakukan selepas penyerang Diego Costa digugurkan daripada aksi menentang Leicester susulan perbalahan dengan seorang jurulatih kecergasan semasa sesi latihan dan tawaran perpindahan dari China.

Burnley menerusi Twitternya memaklumkan: "Patrick Bamford telah menamatkan tempoh pinjamannya dengan Burnley selepas dipanggil semula oleh Chelsea."


Patrick Bamford, Chelsea, Burnley

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain