suria

Hatrik Kane Beri Kemenangan 4-0 Ke Atas West Brom

HARRY Kane melakukan hatrik pada aksi kemenangan Tottenham Hotspur 4-0 ke atas West Bromwich Albion dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, Sabtu malam.

Spurs menguasai permainan di laman sendiri apabila Kane berjaya meledak jaringan pertama pada minit ke-12.

Skuad Mauricio Pochettino itu sekali lagi mencatat gol apabila  pemain pertahan lawan,  Gareth McAuley tersilap percaturan ke gol sendiri pada minit ke-26.

Babak kedua permainan, Spurs tampil dengan aksi lebih pantas yang menyaksikan penyerang England berusia 23 tahun itu menambah dua gol pada minit ke-77 dan 82'.

Kemenangan selesa Spurs itu menyaksikan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan terakhir dan kini menguasai kedudukan di tangga kedua liga dengan 45 mata bagi 21 aksi setakat ini.

Sementara itu, Kane kini merekodkan 62 gol keseluruhan dalam 99 perlawanan dan 58 gol daripada adalah hasil usahanya di kawasan penalti.

Dan bagi musim ini sahaja, Kane telah merekodkan 13 gol.


Senarai pemain:


TOTTENHAM: Lloris, Walker, Dier, Alderweireld, Vertonghen, Rose, Wanyama, Dembele, Eriksen, Alli, Kane. (simpanan): Vorm, Davies, Trippier, Winks, Sissoko, Nkoudou, Son.

WEST BROMWICH ALBION: Foster, Dawson, McAuley, Olsson, Brunt; Fletcher, Yacob, Chadli, Morrison, Phillips, Rondon. (simpanan): Myhill; Galloway, Robson-Kanu, McClean, Leko, Field, Wilson.

Spurs, Harry Kane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain