suria

Saya Tak Kejar Sesiapa - Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic
ZLATAN Ibrahimovic mendakwa dia telah dapat menakluk Liga Perdana Inggeris walaupun baru saja menyertai Manchester United pada musim panas.

Pemain berusia 35 tahun ini menjadi penjaring terbanyak United pada musim ini dengan 18 gol -  13 gol dalam Liga Perdana Inggeris sekali gus meletakkan dirinya berada di belakang pemain Chelsea, Diego Costa.


Ibrahimovic menegaskan dia tidak memberikan fokus untuk memintas Costa, tetapi lebih cenderung untuk membantu kelab meraih gelaran.

"Saya tidak mengejar sesiapa," katanya kepada manutd.com

"Saya mengejar trofi paling tinggi. Liga Perdana Inggeris. Itu adalah matlamat saya.

"Perkara-perkara individu datang sebagai sebahagian daripada objektif utama kerana ia seperti bonus untuk setiap pemain.

"Jika secara kolektif berjalan dengan baik, maka individu akan menjadi baik. Saya cuba untuk membantu pasukan dan cuba memberikan apa yang terbaik dalam diri saya. Menjaringkan gol, bermain dengan baik dan mewujudkan peluang untuk rakan sepasukan.

"Asalkan saya boleh melakukannya, saya tahu saya akan membantu pasukan saya.

"Saya tidak ada sasaran individu kerana saya sudah melakukannya selepas tiga bulan di England, saya telah menakluk England. Ia mengambil masa tiga bulan."

Kemampuan pemain ini sempat diragui ketika dia memutuskan untuk bergabung dengan United pada musim panas 2016.


Ini kerana Liga Inggeris merupakan saingan yang sengit dan usianya sudah menginjak 35 tahun.

Tetapi pemain dari Paris Saint-Germain ini telah berjaya menunjukkan persembahan yang mengagumkan.

Dalam 19 penampilan dengan United dalam di Liga Perdana Inggeris, dia telah meledakkan 13 gol pada musim 2016-17.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain