suria

Evra Dijangka Kembali Ke Liga Perdana Inggeris

PATRICE Evra dijangka akan kembali ke London selepas menerima beberapa tawaran dari kelab Liga Perdana Inggeris.

Antaranya, kelab Crystal Palace yang dilaporkan telah berbincang dengan pemain Juventus itu.

Bekas pemain pertahanan Manchester United berusia 35 tahun itu turut menerima tawaran daripada kelab Valencia namun Evra dikatakan lebih berminat ke London.

Malah pengurus Crystal Palace, Sam Allardyce juga sudah bersiap sedia untuk proses pemindahan pemain itu.

Sementara itu, ejen pemain tersebut, Federico Pastorello mendedahkan Evra mempunyai peluang untuk terus kekal di Turin selepas jendela perpindahan pemain berakhir 31 Januari ini.

"Tidak semestinya dia meninggalkan Juventus. Kami akan lihat apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya.

Sebagai rekod, Evra menjulang trofi Liga Perdana bersama Manchester United (2006-2014) sebanyak lima kali, juara Piala Liga (tiga kali) dan Liga Juara-Juara.

Selepas itu, Evra turut membantu Juventus menjuarai Serie A dalam tempoh dua musim bersama kelab ini sekaligus menyaksikan Evra berjaya meraih tujuh gelaran juara domestik dalam tempoh sembilan musim terakhirnya.

Patrice Evra, Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain