suria

Lowe Tinggalkan Mercedes Pindah Ke Williams

PENGARAH Eksekutif Mercedes Paddy Lowe dilaporkan telah meninggalkan pasukan juara dunia Formula Satu (F1) itu dan beralih arah kepada Williams.

Biarpun dianggap salah seorang individu penting yang memainkan peranan dalam mempertahankan kejuaraan tiga kali berturut-turut pasukan Mercedes itu, Lowe terpaksa berbuat demikian demi masa depannya.

Ia dilaporkan berdasarkan perbincangan kontraknya bersama bos pasukan, Toto Wolff yang masih tertangguh biarpun kempen musim 2016 sudah berakhir.

Lowe memaklumkan keputusannya itu selepas sambutan Krismas baru-baru ini.

Malah ia juga dilaporkan mengenai tidak mencapai kata sepakat dalam perbincangan mengenai pelumba Williams Valtteri Bottas sebagai pemandu Mercedes sekaligus timbul hubungan dingin di antara Lowe dan Wolff.

Lowe dijangka akan memikul tanggungjawab sebagai pengurus kanan di Williams yang menjadi impiannya untuk memainkan peranan utama di bahagian teknikal pasukan.

Ketua Pegawai Teknikal Pat Symonds meninggalkan meninggalkan Williams pada penghujung tahun lalu.

Dalam pada itu, Mercedes dijangka melantik bekas pengarah teknikal Ferrari, James Allison menggantikan Lowe.

Lowe Paddy, Mercedes, Williams, Mercedes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain