suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhamad Farkhan Juara Tinju WBC Asia

Gambar dari halaman Facebook Johor Southern Tigers.

JOHOR BARU: Muhamad Farkhan Mohd Haron mencatatkan kebanggaan negara apabila merangkul tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia bagi kategori light heavyweight pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC), Sabtu malam.

Anak kelahiran Johor itu menewaskan Sheikh Kaseba dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pusingan keempat.

Muhamad Farkhan, 26 menang menerusi pukulan TKO selepas menundukkan Sheikh dalam masa dua minit dan 36 saat.

Bercakap kepada pemberita selepas kejohanan itu, Muhamad Farkhan mendedikasikan kemenangannya kepada rakyat Malaysia terutama rakyat Johor di atas sokongan mereka.

"Ini menjadikan saya sebagai petinju di Malaysia yang pertama memenangi dua gelaran di bawah dua kategori berbeza," katanya selepas tali pinggang kemenangannya diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Terdahulu, Muhamad Farkhan memperoleh kemenangan sulung WBC Asia di Singapura, Julai lalu.

JIBC turut menghimpunkan lima pertarungan membabitkan 10 petinju dari seluruh dunia bagi merebut gelaran.

Muhamad Farkhan Mohd Haron

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain