suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

La Liga: Espanyol Gagal Kutip Mata Penuh

ESPANYOL gagal meraih mata penuh dalam aksi La Liga menentang Deportivo La Coruna, awal pagi Sabtu.

Tuan rumah sempat tertinggal 0-1 selepas pemain lawan, Celso Borges menyumbat masuk gol pada minit ke-59 sebelum bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol Gerard Moreno pada minit ke-63.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium RCDE ini, Juanfran Moreno dilayangkan kad merah pada minit ke-90.

Bagaimanapun, menentang 10 pemain tidak memberi sebarang erti buat Espanyol kerana keputusan tetap berakhir seri 1-1 sehingga tamat masa.

Espanyol kini berada di kedudukan kesembilan carta La Liga manakala Deportivo di tempat ke-15.
La Liga, Espanyol, Celso Borges

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain