suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Evra Mahu Kembali Sertai United - Ferdinand

PEMAIN pertahanan Juventus, Patrice Evra dilaporkan mahu kembali ke Manchester United, sekali gus menamatkan kariernya di Old Trafford.

Pemain berusia 35 tahun itu meninggalkan Red Devils pada 2014 untuk menyertai Juventes dan memenangi lima trofi sepanjang bersama kelab Itali tersebut.

Namun sahabatnya, Rio Ferdinand mencetuskan spekulasi pada Rabu apabila melaporkan Evra sedia kembali menyertai Manchester United.

Bek kiri itu mempamerkan permainan tahap tertinggi sejak meninggalkan Old Trafford dan kepulangannya ke Manchester United mampu menjadi pemain alternatif bagi menggantikan Luke Shaw yang sering dihimpit masalah kecederaan.

Menurut laporan portal The Times, Evra telah memaklumkan hasratnya itu kepada rakan-rakan di Itali untuk beraksi semula bersama Manchester United.

Malah sejak akhir-akhirnya, pemain kelahiran Perancis itu kehilangan tempat kesebelasan utama bersama skuad Juventes ekoran prestasi cemerlang Alex Sandro dan membuatkan Evra sedia bekerjasama dengan Jose Mourinho sebelum bersara.

Evra menghabiskan masa selama sembilan tahun di Old Trafford dengan merangkul lima gelaran juara liga dan satu trofi Liga Juara-Juara.

Artikel Sebelum

Artikel Lain