suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hull City Pecat Pengurus Mike Phelan

Mike Phelan. Foto AFP

HULL City memecat pengurus Mike Phelan berikutan prestasi pasukan itu yang suram dalam 10 permainan tanpa kemenangan.

Phelan mengambil jawatan ketua jurulatih selepas Steve Bruce meninggalkan kelab itu pada akhir musim lalu.

Beliau kemudiannya memegang jawatan itu secara tetap selepas Hull City memperoleh kemenangan menerusi dua perlawanan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, prestasi kelab tersebut semakin merosot dan hanya memperoleh satu kemenangan dan tujuh mata berdasarkan 18 permainan terdahulu.

Terbaharu, Hull City terpaksa berdepan sekali lagi kekalahan 1-3 dalam saingan dengan West Bromwich Albion pada Isnin lalu. - Eurosport

Mike Phelan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain