suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Gol Lewat Martial, Pogba Tewaskan Middlesbrough

Aksi Paul Pogba sewaktu menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Middlesbrough di Old Trafford, Sabtu. Foto Reuters

MANCHESTER United menutup tirai 2016 dengan kemenangan 2-1 mengatasi Middlesbrough di Old Trafford, Sabtu malam.

Kemenangan itu juga boleh membanggakan bekas pengurus kelab itu, Sir Alex Ferguson kerana ia berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya.

Dua gol lewat Anthony Martial dan Paul Pogba pada minit ke-85 dan 86' menyelamatkan kelab itu daripada menempa kekalahan sebagai pasukan tuan rumah.

Ia berikutan gol tunggal pasukan lawan Middlesbrough terlebih dahulu diraih pemain Grant Leadbitter pada minit ke-67.

Manchester United kini menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris dengan 36 mata, manakala Middlesbrough di tangga ke-16 dengan 18 mata.

Chelsea masih lagi mengungguli tangga teratas liga dengan 49 mata.



Artikel Berikut

Artikel Lain