suria

Man United Berhenti Dapatkan Victor Lindelof

MANCHESTER United menarik minatnya untuk mendapatkan pertahanan Benefica bernilai £38 juta, Victor Lindelof selepas Jose Mourinho berfikir semula mengenai perpindahan pemain pada jendela Januari ini.

United sebelum ini mengintai pemain Sweden berusia 22 tahun itu dan delegasi dari Benefica telah diterbangkan ke England untuk melakukan perbincangan dengan ejen pemain, Jorge Mendes.

Bagaimanapun, media Portugis mendakwa, bidaan kini telah dihentikan selepas Mourinho gembira dengan aksi barisan pertahanan ketika ini.

Jurulatih kelahiran Portugal itu dikatakan teruja dengan aksi gandingan Marcos Rojo dan Phil Jones ketika Chris Smalling dan Eric Bailly terpaksa direhatkan.

Bailly bakal meninggalkan United untuk sementara waktu bagi mewakili negaranya dalam aksi Piala Negara Afrika pada Januari ini dan Mourinho mempunyai pilihan lain untuk memperkukuhkan benteng pertahanan.

Oleh itu, United didakwa tidak akan mendapatkan pemain pertahanan pada jendela perpindahan Januari.

Selain itu, Daley Blind turut membuktikan kemampuannya dan mendapatkan kepercayaan Mourinho untuk diturunkan sebagai pemain pertahanan selepas berjaya menjaringkan gol ketika menentang Sunderland Sabtu lalu.

United ketika dibimbing Louis Van Gaal pernah berusaha untuk mendapatkan pemain Benefica, Renato Sanchez namun gagal selepas pemain berkenaan memilih Bayern Munich.

Manchester United, Benefica, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ana Ivanovic Umum Persaraan

Artikel Lain