Tevez Sah Sertai Shanghai Shenhua Dengan Gaji Tertinggi - Sukan | mStar

Tevez Sah Sertai Shanghai Shenhua Dengan Gaji Tertinggi

Carloz Tevez
CARLOS Tevez kini secara rasmi menjadi pemain kelab Shanghai Shenhua.

Kelab dari China itu mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan bersama Boca Juniors berhubung perpindahan Tevez.

Penghijrahan pemain yang berasal dari Argentina itu juga sudah disahkan oleh kedua-dua kelab.

Tevez yang juga bekas pemain Manchester City hanya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum bergabung dengan rakan-rakan baharunya.

"Shanghai Shenhua FC dan Boca Juniors telah mencapai kesepakatan berhubung perpindahan Carlos Alberto Tevez yang secara rasmi bergabung dengan Shanghai Shenhua," demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Shanghai Shenhua.

Tevez baru sahaja kembali memperkukuhkan Boca tahun lalu dan sepanjang setahun, dia memenangi dua trofi bersama pasukan itu.


"Kami menghormati kehendak pemain untuk meneruskan karier bola sepaknya di China.

"Semoga berjaya, Carlitos. Kamu akan sentiasa di hati kami," tulis Boca dalam kenyataan rasminya berhubung perpindahan Tevez.

Dengan penghijrahan ini, Tevez dikhabarkan menjadi pemain bola sepak yang mendapat bayaran tertinggi di dunia.

Penyerang berusia 32 tahun itu dikhabarkan akan mendapat gaji £650 ribu seminggu di bawah kontrak selama dua tahun.

Di Shanghai Shenhua, Tevez akan bergabung dengan nama-nama seperti bekas penyerang Chelsea, Demba Ba dan bekas pemain Inter Milan, Obafemi Martins dalam pasukan yang dilatih oleh bekas pengurus Sunderland, Gus Poyet.
Carloz Tevez , Shanghai Shenhua

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anthony Martial Mahu Sertai Sevilla

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain