Leicester City Agih 30,000 Topeng Wajah Vardy - Sukan | mStar

Leicester City Agih 30,000 Topeng Wajah Vardy

Topeng Vardy diletakkan di setiap tempat duduk penyokong Leicester City ketika aksi bertemu Everton Sabtu malam.

LEICESTER City mengagihkan lebih kurang 30,000 keping topeng berupa wajah Jamie Vardy kepada penyokong-penyokonya sebagai tanpa protes terhadap penggantungan tiga perlawanan ke atas penyerang itu ketika perlawanan bertemu Everton pada Sabtu malam.

Vardy sebelum ini dihukum gantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berikutan layangan kad merah ketika aksi bertemu Stoke City minggu lalu, malah rayuan pengurangan oleh pihak kelab juga turut ditolak.

Keputusan tersebut ternyata mengecewakan pemilik kelab, Vichai Srivaddhanaprabha yang menganggap kad merah itu sebagai ‘tidak adil’.

Vardy diarah keluar padang oleh pengadil Craig Pawson selepas pemain itu melakukan terjahan kasar kepada pemain Stoke, Mame Biram Diouf ketika aksi seri 2-2.

Hukuman tersebut menyaksikan Vardy terlepas tiga aksi bermasuk Everton, West Ham (31 Dis) dan Middlesbrough pada 2 Januari ini.

Srivaddhanaprabha berkata di laman Instagramnya; “Saya memohon maaf bagi pengadilan yang tidak adil terhadap Vardy dan lebih menyedihkan rayuan turut ditolak. Pengadilan seperti ini menghilangkan kemeriahan dalam Liga Perdana Inggeris.

“Saya menghabiskan banyak masa dan usaha untuk melihat LCFC sukses, tetapi insiden seperti ini membuatkan saya hilang semangat untuk bola sepak.

“Bagaimanapun, kita perlu lupakan dan sudah tiba masanya kita bersatu dan bersorak (lebih kuat daripada sebelum ini) untuk pasukan kita walau apa sahaja yang berlaku, kami tidak takut dan tidak akan berhenti!". 

Jamie Vardy , Topeng , Leicester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Selamat Tinggal Ali, Cruyff - 2017

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain