suria

Allardyce Catat Seri Perlawanan Pertama Di Watford

Allardyce kelihatan kecewa selepas sepakan penalti Benteke berjaya diselamatkan penjaga gol Watford.

SAM Allardyce memulakan langkah positif  bersama Crystal Palace pada perlawanan pertamanya bertemu Watford dengan keputusan seri 1-1.

Pada aksi di Vicarage Road itu, Yohan Cabaye meletakkan Palace di hadapan pada minit ke-26.

Peluang skuad Allardyce menambah jaringan tidak kesampaian apabila sepakan penalti yang dilakukan Christian Benteke berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Heurelho Gomes.

Dalam pada itu, Watford berdepan dengan kesukaran apabila kehilangan dua pemainnya Valon Behrami dan Daryl Janmaat kerana kecederaan.

Bagaimanapun pemain gantian, Troy Deeney berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sekaligus merekodkan gol ke-100 sepanjang kariernya di Watford.

Keputusan perlawanan kekal seri 1-1 sehingga wisel permainan dibunyikan.

Selain itu,  Crystal Palace berjaya menjarakkan dua mata (tangga ke-17) daripada berada di zon penyingkiran.

Senarai pemain:

Watford: Gomes , Kaboul , Prodl , Britos , Holebas , Capoue , Behrami , Guedioura , Amrabat , Ighalo, Janmaat . (Simpanan) Deeney , Zuniga , Sinclair

Crystal Palace:
Hennessey , Ward , Dann , Delaney , Kelly , Flamini , Cabaye , Townsend , Puncheon , Zaha 6, Benteke . (Simpanan) Mutch , Campbell .

Crystal Palace, Watford, EPL

Artikel Berikut

Artikel Lain