suria

Terry Hanya Fokus Bantu Chelsea, Bukan Kelab China

BIARPUN kontrak John Terry bakal tamat musim ini, dia belum merancang untuk ke mana-mana, sebaliknya hanya fokus mahu membantu Chelsea merangkul trofi kejuaraan liga musim ini.

Pemain pertahanan berusia 36 tahun itu akan menamatkan kariernya di Stamford Bridge selepas tidak mendapat tawaran sambungan kontrak bersama The Blues.

Malah Terry hanya mahu memastikan trofi liga menjadi milik Chelsea pada musim terakhirnya di situ walaupun dia dilaporkan akan mendapat tawaran mega dari sebuah kelab dari China, Guangzhou Evergrande.

Bekas kapten Chelsea ini tidak berada dalam perancangan jangka panjang skuad bimbingan Antonio Conte itu, namun terus diberi peluang sehingga penghujung musim ini.




Guangzhou Evergrande dijangka akan membuat tawaran kepada Terry sebaik sahaja kontraknya tamat.

Terry kembali menjalani latihan penuh minggu ini selepas pulih daripada kecederaan di bahagian punggung sejak November lalu.

Sepanjang tempoh rehatnya itu, Terry tetap bersama skuad menghadiri sesi mesyuarat pasukan dan turut membantu memantau sesi latihan.

"Apa sahaja yang berlaku, dalam siatusi lain saya tetap berada di Chelsea, sama ada akan menggunakan tiket bermusim untuk melihat mereka.

"Saya tidak pernah terfikir karier saya akan tamat. Saya amat tenang tentang itu," jelas Terry.

John Terry, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain