suria

Tuah Masa Kecederaan Untuk Liverpool

JARINGAN Sadio Mane pada minit ke-94 berjaya memastikan kunjungan pertama Jurgen Klopp ke Everton penuh bermakna dengan kemenangan 1-0.

Ia sekaligus menyaksikan pasukan Liverpool kendalian Klopp itu melangkah ke kedudukan kedua dalam Liga Perdana Inggeris.

Liverpool yang kini mengumpul 37 mata mendahului Manchester City dengan satu mata.

Perlawanan yang berlangsung awal pagi Selasa itu menyaksikan Liverpool dan Everton gagal mencari rentak kemenangan hingga mengambil masa yang panjang.


Mane meraikan kemenangan Liverpool bersama Daniel Sturridge.

Bagaimanapun pada masa kecederaan, Daniel Sturridge melakukan rembatan kencang hingga ke kawasan penalti dan peluang berkenaan digunakan Mane untuk menjaringkan gol kemenangan kepada Liverpool.

Jaringan dramatik itu menjadian Liverpool kini ketinggalan enam mata di belakang Chelsea selaku pendahulu liga.

Sementara Everton yang hanya memperoleh satu kemenangan daripada tujuh perlawanan kini berada di tangga kesembilan.

"Ia satu perasaan yang indah. Ia sangat-sangat baik.

"Ia adalah masa kecederaan yang lama, panjang. Kami tak beri peluang kepada mereka. Kami berhak untuk menang," kata Klopp kepada BBC.

Artikel Sebelum

Wee Kiong Wira, Ikon Kundang Ulu

Artikel Berikut

NGO Gesa KAFA Tidak Tarik Diri

Artikel Lain