suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

La Liga: Atletico Madrid Tersingkir Dari Empat Kelompok Teratas

ATLETICO Madrid kalah mengejut ke atas Villarreal dalam saingan La Liga yang berlangsung di Stadium El Madrigal, awal pagi Selasa.

Villarreal menang bergaya 3-0 menerusi gol yang disumbat masuk oleh Trigueros (28'), Jonathan dos Santos (38') dan Roberto Soriano (90+3').

Kemenangan ini juga sekali gus menyaksikan Villareal berada di tempat keempat (26 mata) teratas carta La Liga, manakala Atletico tersingkir di tempat keenam dengan 25 mata.

Atletico terpaksa akur dengan keputusan ini walaupun secara keseluruhannya mereka sebenarnya lebih mendominasi dengan memimpin penguasaan bola sehingga 54 peratus.

Dari segi peluang, kedua-dua pasukan seimbang dengan masing-masing mendapat sembilan peluang.

Bagaimanpun Villarreal memiliki serangan yang lebih berbahaya. Enam daripada sembilan tendangan mereka tepat ke sasaran, berbanding tiga percubaan tepat yang dilakukan Atletico.

Petanda Atletico dilihat bakal pulang dengan kekalahan dapat dilihat pada babak pertama apabila mereka ketinggalan 0-2.

Ini adalah kekalahan pertama pasukan Diego Simeone dengan ketinggalan tiga gol kepada Villareal sejak Mac 2008.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain