suria

Jin Wei Muncul Juara

KUALA LUMPUR: Pemain badminton muda negara Goh Jin Wei (gambar) berjaya menewaskan Soniia Cheah, 21-17, 21-12 dalam perlawanan akhir Grand Prix Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Ahad.

Kemenangan itu menjadikan pemain berusia 16 tahun itu sebagai pemain muda nombor satu negara.

Jin Wei turut membawa pulang wang tunai RM8,000.

Penghuni rangking ke-32 dunia itu menjadi pemain termuda kedua negara yang berjaya menjuarai kejohanan tersebut selepas Ng Mee Fen pada  1988.

Mee Fen juga berusia 16 tahun ketika menjuarai kejohanan berkenaan, namun dia lebih muda enam bulan berbanding Jin Wei.

Dalam acara beregu wanita akhir, Lee Meng Yean-Chow Mei Kuan muncul juara dengan bergaya.

Gandingan itu menewaskan Amelia Anscelly-Teoh Mei Xing 21-19, 21-14 dalam masa 41 minit.

Mereka menerima wang tunai sebanyak RM11,000.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chelsea Boleh Ditolak Tiga Mata

Artikel Lain