suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Boleh Ditolak Tiga Mata

CHELSEA bakal berdepan tindakan dipotong tiga mata selepas didakwa gagal mengawal pemainnya ketika menentang Manchester City minggu lalu.

Dalam perlawanan di Stadium Etihad itu, permainan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Chelsea turut mencetuskan pergaduhan di kalangan pemain.

Pemain daripada kedua-dua pasukan dilihat bertegang selepas Sergio Aguero menjatuhkan David Luiz.

Berikutan itu pengadil melayangkan kad merah kepada Aguero dan Fernandinho makanala Chelsea berjaya mendaki ke persada Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan berkenaan.

Berikutan insiden berkenaan, Chelsea dilapor bakal dikenakan tindakan kerana gagal mengawal pemain dalam lima insiden pergaduhan sejak 19 bulan lalu.

Daily Mirror dalam laporannya mendakwa, Chelsea boleh dikenakan tindakan mengikut Akta E20 termasuk bagi perlawanan menentang Tottenham.

Selain ditolak mata, kelab tersebut boleh didenda sebanyak £290,000.

Artikel Sebelum

Jin Wei Muncul Juara

Artikel Berikut

Man City Dimalukan Leicester

Artikel Lain