suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FAM Lancar Sistem Baharu Pendaftaran Pemain Isnin Ini

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan melancarkan sistem baharu pendaftaran pemain dan pegawai pasukan Liga Malaysia serta ahli-ahli gabungannya.

Sistem yang dikenali FAM MyPAS akan dilancarkan pada Isnin ini.

Menurut FAM dalam kenyataan hari ini, objektif segera program yang  diperkenalkan menerusi projek 'FIFA Connect' ini ialah bagi membantu integrasi maklumat pemain serta pegawai secara menyeluruh dan sistematik, pasukan dalam pertandingan kendalian FAM iaitu Piala FAM, Piala Belia dan Piala Presiden.

"Platform ini membolehkan kesemua pemain dan pegawai yang berdaftar  diberikan pengenalan diri (ID) tersendiri dan akan menjadi asas dari aspek kawalan umur, perlindungan pemain bawah umur serta memastikan pembangunan bola sepak di setiap peringkat berteraskan ketelusan maklumat," kata kenyataan itu.

Pada 28 dan 29 November lepas, FAM menganjurkan bengkel latihan FAM MyPAS bersama pegawai pentadbir daripada setiap pasukan Liga Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Bengkel susulan turut akan diadakan oleh FAM bagi memastikan kelancaran  pelaksanaan program tersebut. - BERNAMA

FAM, pendaftaran pemain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain