suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hotspur Gagal Manfaat Peluang Di Bournemouth

Lamela diarah keluar padang oleh pengadil Craig Pawson selepas mendapat kad kuning kedua.

TOTTENHAM Hotspur melepaskan peluang untuk mara ke kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris apabila hanya sekadar seri tanpa jaringan di Bournemouth pada aksi Sabtu malam.

Tottenham Hotspur mendominasi permainan pada babak pertama dengan beberapa peluang jaringan gol, namun gagal melakukan penyudah yang baik.

Pada babak kedua permainan, Hotspur yang dikendalikan Mauricio Pochettino kelihatan lebih sukar melakukan serangan apabila pasukan tuan rumah lebih pantas mematahkan percubaan dan mengawal gerak-geri mereka.

Lebih malang lagi, harapan Spurs untuk mengutip mata penuh ke atas skuad  Eddie Howe ini semakin tipis apabila Erik Lamela dilayangkan kad kuning kedua gara-gara bertindak kasar ke atas Dan Gosling.

Sementara itu, The Cherries nyaris meraih gol menerusi tandukan Benik Afobe, namun wisel akhir permainan dibunyikan selepas bola mencecah palang gol.

Keputusan seri tanpa jaringan ini menyaksikan Tottenham kini berkongsi kedudukan bersama Arsenal dan Manchester City (19 mata) tetapi kekal ditangga ketiga dengan perbezaan jaringan gol.

Manakala Bournemouth ditangga ke-9 dengan 12 mata.

Senarai pemain:

Bournemouth: Boruc , Smith , Francis , Cook , Daniels , Ibe , Arter , Gosling , Wilshere , King , Wilson . (simpanan): Federici, Mings, Ake, Mousset, Fraser , Gradel , Afobe .

Tottenham Hotspur: Lloris , Walker , Dier , Vertonghen , Rose , Wanyama , Dembele , Lamela , Eriksen , Alli , Son 6. (simpanan): Vorm, Trippier, Davies, Wimmer, Winks, Sissoko , Janssen .

Spurs, Bournemouth

Artikel Lain