suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka AS: Nicol Mara, Nafiizwan Tersingkir

Nicol David.

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mara ke suku akhir kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2016 di Kelab Kriket Philadelphia awal pagi Selasa.

Menurut laman web kejohanan http://www.usopensquash.com, juara kejohanan tiga kali itu menang ke atas pemain Mesir, Nour El Tayeb 4-11, 9-11, 11-4, 11-6 dan 11-7.

"Saya amat teruja. Dia memberi tentangan kepada saya, namun saya bermain bertungkus lumus dan gembira dengan kemenangan saya ," katanya.

Nicol akan bertemu pilihan kelima Raneem El Welily juga dari Mesir yang mengalahkan pemain New Zealand, Joelle King dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Pertemuan antara kedua-duanya akan diadakan pada Rabu.

Sementara itu Mohd Nafiizwan Adnan gagal mara ke suku akhir apabila kalah kepada pemain Afrika Selatan, Stephen Coppinger 7-11, 11-5, 11-9, 4-11 dan 9-11.

Coppinger akan bertemu pemain England, James Willstrop. - BERNAMA

Nicol David, Terbuka AS

Artikel Lain