suria

Gol Benteke Terpantas, Belgium Menang Besar

Christian Benteke.

CHRISTIAN Benteke muncul penjaring terpantas pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 dan melakukan hatrik ketika Belgium menundukkan Gibraltar 6-0 di Stadium Perbandaran Faro, awal pagi Selasa.

Gol pertama Benteke dijaringkan selepas tujuh saat sekali gus mengatasi rekod terdahulu 8.3 saat yang direkodkan pemain San Marino Davide Gualtieri ketika menentang England pada 1993.

Axel Witsel menjaringkan gol dari jarak 25 meter selepas minit ke-19 sebelum Benteke menjaringkan gol keduanya sebelum tamat babak pertama.

Belgium terus melakukan asakan apabila Dries Martens menjaringkan gol keempat pada minit ke-51.

Benteke kembali melengkapkan gol ketiganya lima minit kemudia selepas memanfaatkan hantaran Eden Hazard.

Hazard pula menjaringkan gol keenam Belgium pada minit ke-79.

Belgium kini menduduki tangga teratas Kumpulan H dengan sembilan mata.

Dalam satu perlawanan berasingan, juara Euro 2016, Portugal turut menewaskan Faroe Islands 6-0.

Dalam perlawanan itu, penyerang Real Madrid Christiano Ronaldo menjaringkan gol ke-66 pada penampilannya di peringkat antarabangsa.








Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rooney Digugurkan Jumpa Slovenia

Artikel Lain